IKLAN

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2018

Program yang sering diadakan di KRMSAR melibatkan pihak sekolah ialah perkhemahan, team building, rekeasi fizikal dan sukan. Kali ini Sekolah Kebangsaan Janglau, Kuala Rompin, Pahang telah melaksanakan program melibatkan badan beruniform sekolah selama 3 hari 2 malam bermula 27 hingga 29 Julai 2018 baru-baru ini. Terima kasih kepada Guru Besar SK Janglau, YBhg. Tuan Haji Md. Asri bin Jusoh, guru-guru dan urus setia yang terlibat.






ANDA BEKAS PELAJAR IKBN/IKTBN/KKBN? SEMAK MAKLUMAT KONVO ANDA SEGERA

Perhatian Kepada Bakal Graduan Istiadat Konvokesyen ILKBS Kali Ke 14 Tahun 2018


SEMAKAN KONVOKESYEN AKAN DIBUKA MULAI 1 OGOS 2018 - 1 SEPTEMBER 2018.



KLIK DI SINI-->

AGENSI LATIHAN KEMAHIRAN KBS DI NEGERI PAHANG

Info lanjut mengenai Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) yang terdapat di Negeri Pahang? Sila klik pautan di bawah


Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan




  • Belia-belia yang berhasrat menyambung pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bolehlah berhubung dengan pegawai di Bahagian Promosi institut berkenaan.
  • Pengambilan pelajar baharu sebanyak dua kali setahun.
  • Pelbagai kemudahan disediakan.
  • Pengajian diiktiraf Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & MERAIKAN HARI LAHIR KAKITANGAN

Throwback... campak belakang.. tb... flashback what so ever we called it.. ini adalah imbasan majlis kecil-kecilan Sambutan Hari Raya Aidilfitri kami.. dan turut mengambil kesempatan meraikan hari lahir kakitangan bagi bulan Jun dan Julai 2018.

Terima kasih kepada semua kakitangan dan pekerja kontraktor yang menjayakannya.

 

 


 






Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada semua kakitangan KRMSAR.


PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI IKBN PEKAN DI KRMSAR

ROMPIN, 28 JUN 2018 - Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang menerima seramai 92 orang pelajar daripada Institut Kemahiran Belia Negara Pekan untuk mengadakan Program Minggu Suai Kenal/Paradigma Pelajar Baharu Pengambilan Julai 2018 disini bermula 28 Jun hingga 1 Julai 2018.

Program ini melibatkan pelajar-pelajar baharu lepasan SPM 2017 yang melapor diri di IKBN Pekan pada 25 Jun 2018 dan dibawa ke KRMSAR untuk menjayakan program Minggu Suaikenal/Paradigma pelajar baharu. Antara pengisisan program ialah LDK, kepimpinan, ketahanan diri, night walk dan lain-lain.