IKLAN

KURSUS KEJURULATIHAN REKREASI LUAR KEBANGSAAN (OUTREC III) SIRI 61/2018

 

📆TARIKH: 15 - 29 OKTOBER 2018
📍TEMPAT: LENGGONG, PERAK
*PENDAFTARAN & PEMILIHAN MASIH DIBUKA SEHINGGA 30 OGOS 2018
SYARAT PENYERTAAN:
I. WARGANEGARA MALAYSIA
II. MEMPUNYAI SIJIL OUTRECT I & II
*CLICK LINK📲 DIBAWAH UNTUK PENDAFTARAN
http://Wasap.my/phone=60133110784/OUTREC32018



Kredit lakaran bergambar kepada:

STORY BOARD REKREASI LUAR

KEJOHANAN BADMINTON JEMPUTAN DAN TERTUTUP ROMPIN 2018

Suka bermain badminton? Anda kategori mana?

  • Beregu Lelaki Senior
  • Beregu Lelaki Veteran
  • Beregu Perempuan
Bila dan diadakan di mana?

  • 08 September 2018 (Sabtu)
  • 8.00 pagi
  • Dewan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Kg. Pantai Bernas
Cepat..Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Ogos 2018 (Jumaat)

Kat mana nak dapatkan borang penyertaan? Cetak je borang ni...


























Loves badminton? Which category are you?

  • Men's Doubles (Senior)
  • Men's Doubles
  • Women's Doubles
When and where the event take place?

  • 8th September 2018 (Saturday)
  • 8.00 am
  • Main Hall, Rompin Rakan Muda Watersports Complex, Kampung Pantai Bernas
Hurry up! The closing date is just around the corner: 31st August 2018 (Friday)

Just print and return the above form to Mr. Farid KRMSA or Mr. Moha MSBC.

PROGRAM JATI DIRI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

ROMPIN, 13 OGOS 2018 -  Kolej Komuniti Rompin, Pahang telah mengadakan  program Jati Diri untuk pelajar-pelajar baharu Jurusan Teknologi Eletrik pengambilan Julai 2018 di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin. Program itu berlangsung selama tiga (3) hari bermula 10 hingga 12 Ogos 2018.

Program tersebut melibatkan seramai 59 orang pelajar dan 8 orang pensyarah  yang diketuai oleh Puan Noor Haslinda binti Zainoldin. Diantara pengisian program tersebut ialah aktiviti berkumpulan, aktiviti berkayak, water confident dan sebagainya. Objektif program ini diadakan untuk memberi pendedahan luar kepada pelajar serta menguji ketahan pelajar-pelajar, semangat kerjasama, keyakinan diri, kreativiti pelajar dan sebagainya. Program ini juga diuruskan oleh Jurulatih rekreasi daripada pihak kolej.

Program yang berlangsung 3hari 2malam ini berjalan dengan lancar dengan fasiliti yang lengkap yang diberikan oleh pihak pengurusan kompleks. Program ini melibatkan penggunaan asrama, dewan terbuka, washing bay, kayak, kolam terbuka skuba dan kawasan sekitar kompleks.
 

AMALAN KITAR SEMULA

ROMPIN, 31 JULAI 2018 - Pegawai dan kakitangan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin hari ini mengadakan aktiviti kitar semula di kuarters dengan kerjasama SWcorp Rompin. Aktiviti kitar semula telah dikenal pasti sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sampah dalam bentuk sisa pepejal ke tapak pelupusan yang semakin kehabisan ruang. Langkah ini dapat meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut.


  

Kitar semula mengubah sisa menjadi sumber yang bernilai, boleh mengurangkan penggunaan bahan semula jadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.

Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baharu untuk kegunaan kita. Barangan yang dikumpul untuk dikitar semula boleh dijual dengan menghantarnya ke pusat kitar semula yang terletak di merata-rata tempat di seluruh negara.

Selain dapat mengurangkan jumlah sampah ke tapak pelupusan, kita juga dapat menukarkan sampah itu ke dalam bentuk nilai wang yang sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi kita.

Sedarkah anda, kita juga boleh menjalankan aktiviti kitar semula barangan terbuang sambil beramal? Sebenarnya, terdapat banyak  NGO di seluruh Malaysia yang aktif dalam menguruskan aktiviti kitar semula sambil beramal. Menurut Pengurus kompleks,  aktiviti kitar semula ini perlu diteruskan lagi tidak kira dikawasan kompleks atau di luar kompleks bagi menjaga alam sekitar  kita.

Artikel oleh Puan Noorul Ain binti Kamar Zaman

KEJOHANAN SUKAN ANTARA JABATAN - BADMINTON DI KRMSAR

08 Ogos 2018 - Majlis Sukan Daerah Rompin memilih KRMSAR sebagai venue kejohanan Badminton Berpasukan sempena Sukan Antara Jabatan Kerajaan Daerah Rompin.
 

Ogos Bulan Kemerdekaan Malaysia

Bersempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 Bersama-sama meraikan Sambutan Kemerdekaan Malaysia kali ke-61 yang disambut 31 Ogos 2018, KRMSAR mengambil peluang menceriakan kawasan persekitaran Kompleks dengan kempen Kibar Jalur Gemilang.
Marilah bersama-sama menyatakan sokongan dan semangat cintakan negara..
#SayangiMalaysiaku
#HariKebangsaan2018
#KibarJalurGemilang
#KitaPunyaMalaysia


Lagu tema bagi Bulan Kebangsaan 2018 adalah bertajuk Kita Punya Malaysia merupakan hasil ciptaan Sam Bunkface dan dinyayikan oleh Kumpulan Bunkface. Anda boleh tonton di Youtube https://www.youtube.com/watch?v=5l1iApcFFlM atau mainkan video atau mainkan audio sahaja klik di bawah





Pelbagai aktiviti disediakan kepada seluruh rakyat malaysia... Jom meriahkannya...
Maklumat lanjut di http://malaysiamerdeka.my/web

KRMSAR juga tidak melepaskan peluang menyatakan sokongan terhadap Sambutan Bulan Kebangsaan 2018 ---->