IKLAN

ROAD TO HARI SUKAN NEGARA 2018 --> SAVE THE DATE 13/10/2018

Apakah itu Hari Sukan Negara?

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).



Maklumat lebih lanjut di lamanweb www.harisukannegara.my

CABARAN MEMANCING PANTAI BERNAS MERIAH!

15 September 2018 - Program anjuran Ministry of Tourism, Art and Culture Malaysia (MOTAC), Pahang berakhir dengan penuh kemeriahan.




Tahniah kepada semua pemenang... Jumpa lagi di program yang sama September 2019...

KURSUS KAYAK BINTANG 1 SIRI 2 BERAKHIR 11 SEPT 2018

11 September 2018 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan Kursus Kayak Bintang 1 bagi Siri Kedua dengan jayanya. 

Program bersama Persatuan Kanu Negeri Pahang ini dilatih oleh tenaga pakar dari persatuan sendiri yang diketuai oleh Jurulatih yang tidak asing lagi dikalangan peminat sukan air tempatan, Cikgu Muzafar dan rakan-rakannya.

Program 3 hari 2 malam yang bermula pada 9 September 2018 ini berakhir 11 September 2018 dengan penutupan rasmi oleh wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Muhammad Fadzil bin Che Daud. 
 

TAWARAN MENYERTAI KURSUS ASAS KAYAK BINTANG 1 2018. (PERCUMA)

TAWARAN MENYERTAI KURSUS KAYAK BINTANG 1 TAHUN 2018. (PERCUMA)

📍 Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang
🕴 Terhad 10 orang sahaja.
✅ Penginapan & Makan Minum Disediakan.
✅ Pengangkutan Sendiri.
📲 Pertanyaan Lanjut Boleh Hubungi Kami segera
Akreditasi oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan Persatuan Kanu Negeri Pahang


Bila????

Kursus Kayak Bintang 1 Siri 3
🗓 21 - 23 September 2018
⏰ 4.30 Petang (Pendaftaran)

Kursus Kayak Bintang 1 Siri 4
🗓 28 - 30 September 2018
⏰ 4.30 Petang (Pendaftaran)

IKLAN TEMUDUGA TERBUKA ALLIANCE STEEL (M) SDN BHD

GAJI POKOK BERMULA DARI RM1600.00 KE ATAS!!

Salam Sejahtera kepada warga Pahang, kami ada berita gembira buat semua! Peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga kerja kami.

Kami dari *Alliance Steel (M) SDN BHD* ingin mempelawa anda untuk datang beramai ramai ke Temuduga Terbuka kami.

Tarikh : 15 - 16/9/2018
Hari : SABTU dan AHAD
Jam : 9.00am - 4.00pm
Lokasi : Terminal Sentral Kuantan
Pakaian : Kemas dan sopan

Kekosongan bagi jawatan:
-Admin (Minimum Diploma)
-Operator Kilang (minimum SPM)
-Lori Driver (GDL E Licence)
-Driver (D, PSV Licence)
-Over Head Crane Operator (minimum SPM dan Berpengalaman)
-Cleaner (Minimum SPM)

Juga bawa bersama anda :
-Resume terkini beserta gambar
-Salinan kad pengenalan
-Sebatang pen berdakwat kekal

Jumpa disana. Mungkin anda yang kami cari!

KURSUS KAYAK BINTANG 1 SIRI 1 BERAKHIR 9 SEPT 2018

9 September 2018 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan Kursus Kayak Bintang 1 Siri 1 bagi tahun 2018 dengan jayanya. 

Program bersama Persatuan Kanu Negeri Pahang ini dilatih oleh tenaga pakar dari persatuan sendiri yang diketuai oleh Jurulatih yang tidak asing lagi dikalangan peminat sukan air tempatan, Cikgu Muzafar.

Program 3 hari 2 malam yang bermula pada 7 September 2018 ini berakhir semalam, 9 September 2018 dengan penutupan rasmi oleh Pengurus Kompleks Sukan Air Rompin. Turut serta dalam majlis tersebut ialah YBhg. Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah daripada Kolej Komuniti Kuantan.
  

TAMAT KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ROMPIN 2018

08 September 2018 - Bermula seawal 7.30 pagi, kejohanan ini tamat dengan jayanya. Mempertaruhkan 3 kategori iaitu Veteran, Senior dan Wanita, dan menawarkan wang tunai beserta trofi sebagai hadiah kemenangan. 

Seperti yang dijanjikan...berikut adalah senarai pemain dan pemenang..sekalung tahniah kepada semua pemenang...


   

KURSUS KAYAK BINTANG 1 SIRI 1

07 September 2018 - Berlangsungnya Kursus Kayak Bintang 1 Siri 1.


 

KURSUS ASAS KAYAK STAR 1 SIRI II PERINGKAT NEGERI PAHANG 2018*

📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣

📍 Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang
🗓 9 - 11 September 2018
⏰ 4.30 Petang *(Pendaftaran)*
🕴 Terhad *10* orang sahaja.

✅ Penginapan & Makan Minum Disediakan.

✅ Pengangkutan Sendiri.

📲 Pertanyaan Lanjut Boleh Hubungi Kami segera

LET'S JOIN LYNAS FUN RUN 3KM THIS SATURDAY (8TH SEPT 18)!


PENGARAH MOTAC PAHANG DI KRMSAR SEMPENA PERSIAPAN RPBIC 2018

4 September 2018 (Selasa) - KRMSAR menerima kunjung hormat daripada YBhg. Dato' Hj. Idros bin Yahya, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Pahang sebagai persediaan penganjuran Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2018 dan Cabaran Memancing Pantai Bernas 2018 yang akan diadakan dalam masa dua minggu lagi iaitu pada 14 hingga 16 September 2018.

Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah kakitangan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Pahang dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin.

JOM CABARAN MEMANCING PANTAI BERNAS DI KRMSAR (15/9/2018)

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia:
KSKS MOTAC Pahang 09-517 1113 atau 018-907 4944 atau 019-947 6737

JOM MELAWAT PAHANG ~ REVISIT PAHANG 2018


Program 'Revisit Pahang 2018' akan diperkenalkan susulan kejayaan penganjuran Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP17) yang memperoleh pendapatan RM7.48 bilion sehingga September 2017 yang lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Samsudin, strategi Kerajaan Negeri Pahang ialah menyediakan 57 acara menarik sepanjang tahun 2018 juga dilihat sebagai pencetus kepada peningkatan kedatangan pelancong ke negeri ini termasuk Cabaran Royal Billfish di Rompin, Kuantan Century Ride dan Pahang Bike Week di Taman Gelora, Kuantan, Pertandingan Mengenal Burung di Bukit Fraser, Raub dan Pertandingan Luncur Air di Pantai Cherating.

selain perolehan daripada kedatangan pelancong ke 20 lokasi pelancongan menarik di Pahang, kerajaan negeri turut menawarkan nombor pendaftaran khas kenderaan sempena TMP17 untuk dimiliki orang ramai.

Panduan program-program menarik yang boleh disertai oleh para pelancong baik dari dalam negeri atau luar negara yang diadakan di lokasi tumpuan pelancong boleh dirujuk dipautan ini

KALENDAR PELANCONGAN PAHANG / PAHANG TOURISM CALENDAR

Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin akan menjadi lokasi bagi acara rasmi Pertandingan Memancing Sempena Royal Pahang Billfish International Challenge yang akan diadakan pada 14 - 16 September 2018.

Aktiviti tahunan yang bertaraf antarabangsa bagi mempromosikan sukan memancing ikan layaran di Rompin. Konsep pertandingan adalah ‘tangkap dan lepas’ semakin mendapat perhatian dan mempunyai pengikutnya sendiri.

Jika anda berminat, sila hubungi:
PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA NEGERI PAHANG dan PERSATUAN MEMANCING MALAYSIA (PeMM) 
Tel : 09-517 1111
Hp : 019-3366 862 (Ridzuan)
Fax : 09-514 6900 
Email : pahang@motac.gov.my
Email : ridzuan_ghazali@yahoo.com 
Web : www.rpbic.com.my

SENAMAN RINGAN

Luangkan masa sekurang-kurangnya 4 minit untuk melakukan regangan otot akibat duduk terlalu lama.

Samada anda bekerja di pejabat, pemandu kenderaan, atau surirumah, anda mampu melakukannya..

Mudah dan ringkas tetapi memberi kesan yang cukup menyegarkan...



Sumber :
Cawangan Kecergasan Nasional
Bahagian Pembangunan Sukan