IKLAN

SALAM SYAWAL..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua... agak lama admin tidak bersiaran kat blog ni.. pasti ramai yang duk usha2 info terbaru KRMSAR yedok? Ececeh.. heeee.. admin agak sibuk sebelum ini dengan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) tu.. yela program tu agak besar juga la.. Mana tidak nye, menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), peringkat Nasional uolsss...

Lepas tu puasa sebulan, raya pun ofcos sebulan la kot..keh3...sempat lagi la yek nak ucap Selamat Hari Raya kat uolssss...

So puasa sudah, raya pun sudah... maka Admin and the gang dah get back on track... aha, apa lagi, sesiapa nak booking kemudahan kat sini, mai la order cepat... sementara masih available la yea... Bukan apa, MFLS dah tak de ni, maka boleh la uols nak masuk pulak..nak berkhemah ke, nak berkursus ke, nak menginap saja ke, nak main badminton ke sepak takraw ke bolajaring ke futsal ke, boleh sangat2 lahai... mari mari mariiiiiiiiii..


KRMSAR BAKAL MENJADI PUSAT LATIHAN MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL (MFLS) @ SEKOLAH PEMIMPIN MASA DEPAN MALAYSIA

Alhamdulillah.. Praised to Allah The Almighty.. 2019 ini KRMSAR akan melatih pelajar-pelajar 15-17 tahun dalam program MFLS yang diwujudkan oleh Kerajaan bagi menggantikan Biro Tata Negara (BTN) & Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh itu, berkemungkinan besar, bermula Mac 2019 ini segala tempahan kemudahan adalah terhad.

TAWARAN MASUK (WALK IN) SEGERA KE ILKBS

NEW! BARU!
IKBN WAKAF TAPAI TERENGGANU


IKTBN TEMERLOH:

JOM MASUK IKTBN SEPANG

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IKTBN SEPANG INTAKE JANUARI 2019

KEKOSONGAN KURSUS

KURSUS LEPASAN SPM
1. DMC 04 - Diploma Teknologi Mekanikal (Pembuatan - CAD/CAM)
2. DMP 04 - Diploma Teknologi Mekanikal (Perkakasan- Alat Tekan)
3. DMK 04 - Diploma Teknologi Mekanikal (Plastik)

(SYARAT PERMOHONAN KURSUS 1-3)
1. Umur 18-30 tahun, bujang dan sihat tubuh badan
2. Memiliki SPM dan setaraf dengan:
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM Tahun 2013 dan keatas)
- Kepujian Matematik atau sains atau mana-mana mata pelajaran selain diatas

KURSUS LEPASAN SKM
4. DED 34 - Diploma Teknologi Elektronik (Industri)
( Lepasan SKM  dalam bidang berkaitan sahaja)

(SYARAT PERMOHONAN KURSUS #4)
1. Umur 18-30 tahun, bujang dan sihat tubuh badan
2. Tamat tingkatan 5
dan;
3. Memiliki sijil SKM Tahap 3 dalam bidang NOSS berkaitan

*Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Januari 2019

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pengambilan & Rekod Pelajar IKTBN Sepang di talian
0163719143(Puan Nurul Huda)
03-87061720/21 ( Sambungan 193 )

Nota
Mohon dihebahkan supaya peluang belajar dapat disampaikan kepada belia2 yang memerlukan

Golongan belia pelbagai kaum amat dialu-alukan.

Kemahiran/Skills sangat penting untuk pembangunan Malaysia, banyak peluang kerjaya ada untuk belia-belia.

Terima kasih.