IKLAN

INFO BIZ APBM : IDEA BISNES 1 : MODAL BAWAH RM 1000.00 (PERCETAKAN & MAKANAN)

PUSAT SUMBER 
AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM)
BATU GAJAH, PERAK

TERINGIN MELANCONG KE LUAR NEGARA? KBS ADA CARANYA... BAGAIMANA???


Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan program Pertukaran Belia Antarabangsa  untuk memberi pendedahan dan menguatkan keupayaan belia-belia di Malaysia terhadap pengetahuan mengenai manusia dan perkembangan dunia luar melalui proses interaksi, asimilasi dan integrasi agar mereka mampu menonjolkan identiti serta menjadikan Malaysia sebagai satu bangsa dan sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa.


Berminat  untuk mewakili negara ke program-program di peringkat antarabangsa? Berminat menjadi DUTA KECIL MALAYSIA?

Anda boleh memohon melalui laman sesawang : http://eyxchange.kbs.gov.my.

Tarikh tutup permohonan/pencalonan adalah sebelum atau pada 17 Januari 2019 (Khamis) jam 12.00 malam.

SUMBER
Bahagian Pembangunan Belia
Jabatan Belia dan Sukan Negara

Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia

LAWATAN KERJA PENGARAH JBSN PAHANG KE KRMSAR

18 Disember 2018 (Selasa) -  YBhg. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Shamsuhaime bin Basir sudi meluangkan masa mengadakan lawatan kerja sehari ke Daerah Rompin dan singgah ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin serta Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin. Dalam rangka lawatan kerja tersebut, beliau turut meninjau keadaan pejabat cawangan Belia dan Sukan di peringkat daerah disamping bertukar-tukar pendapat dan bermesra dengan kakitangan bawahan beliau. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Puan Zubaidah binti Ahmad bersama pelajar latihan praktikal Unit Kewangan JBSN Pahang.



TIOMAN DEVELOPMENT AUTHORITY (TDA) @ LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN DI KRMSAR..

Pelanggan terakhir KRMSAR bagi 2018, menutup tirai tempahan kemudahan kami, Lembaga Pembangunan Tioman atau lebih terkenal dengan TDA berkursus 2 hari 1 malam Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan dan Sense of Urgency (SOU).








MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah berpindah ke:
 
Aras 2, Gimnasium 3
Kuala Lumpur SportS City
57000 Seri Petaling
Kuala Lumpur
 
Namun demikian, talian telefon dan Carian Maklumat mengenai badan sukan masih lagi ditutup buat sementara waktu dan dijangka akan dibuka semula pada 19 Disember 2018.

BERILAH SOKONGAN ANDA KEPADA ATLET PARA SUKMA 2018 DI PERAK

Sukan Paralimpiad yang dijenamakan semula kepada Sukan Para SUKMA itu berlangsung bermula 21 hingga 28 November ini. Majlis Perasmian sukan ini telah disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan menyalakan obor kejohanan dan majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How dan majlis penutupnya akan dilaksanakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.




KARNIVAL FOOD TRUCK PUTRAJAYA 2018

Terdapat pelbagai pengisian program yang akan disediakan antaranya Bicara Usahawan: Bagaimana Menjadi Usahawan Food Truck? Program tersebut akan diadakan pada 2 Disember 2018 jam 2.00 petang di Pentas Utama Karnival Food Truck Putrajaya 2018. Penceramah jemputan program Bicara Usahawan terdiri daripada Pegawai daripada MARA, SSM, PPj dan Usahawan Food Truck Berjaya. 

Pelbagai maklumat akan dikongsi bersama untuk rujukan dan panduan peserta-peserta yang berminat untuk berkecimpung dalam perniagaan berkonsepkan Food Truck.

Bagi peserta yang hadir, akan diberikan borang temuduga Calon Usahawan Food Truck yang dijadualkan akan diadakan pada awal Januari 2019. Peserta yang hadir sesi bicara usahawan ini sahaja yang akan dipanggil untuk hadir sesi temuduga tersebut.  Ini kerana peserta yang hadir akan lebih memahami dan jelas berkenaan prosedur, proses, bentuk bantuan, peluang dan ruang serta cabaran yang bakal dihadapi untuk menjadi usahawan food truck berjaya.

Pelbagai  bentuk bantuan yang akan disediakan kepada peserta/calon usahawan yang layak dan terpilih antaranya:
i.  Bantuan deposit pembelian Food Truck baru (geran)
ii. Bantuan khidmat nasihat percuma penyediaan kertas cadangan perniagaan
iii.Bantuan khidmat nasihat penyediaan dokumen permohonan pembiayaan
iv.Latihan pembangunan usahawan Food Truck.




SERTAILAH MAHA 2018 (22 NOVEMBER - 02 DISEMBER 2018)

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menganjurkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018 mulai 22 November hingga 2 Disember  2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Program ini melibatkan  booth pameran dan jualan yang bertemakan mengekalkan tema ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’ dengan tujuan ​​​​​​​menggariskan kepentingan negara untuk mempertahankan kedaulatan makanan sebagai asas kekuatan negara.


Sebanyak 1,500 khemah jualan meliputi 501 booth menu juadah popular dari semua negeri, produk produk industri asas tani, buah-buahan ,sayur-sayuran segar, anak pokok , bunga-bungaan serta ikan dan makanan laut segar. Di samping itu, 13 pavilion negeri akan dibuka menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang dapat dinikmati oleh pengunjung. Kementerian Belia dan Sukan turut diberi peluang untuk menyertai booth pameran dan jualan yang melibatkan usahawan belia dalam bidang kecantikan, barista, e-sport dan lain-lain.
 
Anda dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan  MAHA 2018 dan memberi sokongan padu kepada industri pertanian negara.

KURSUS ASAS ORIENTEERING PERINGKAT NEGERI PAHANG 2018

16 November 2018 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Asas Orienteering Peringkat Negeri Pahang 2018 bermula 16 November 2018 dan berakhir pada 18 November 2018. Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Sidi bin Lateh, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Program diselia oleh Encik Muhammad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Pembangunan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.


Ingin Berbakti? Sertailah Sukarelawan Tunas Warisan (Majlis Belia Negeri Pahang)

Ramai anak muda yang bertanya bagaimana nak jadi sukarelawan? Inilah peluang yang ditunggu!
Bersama kami di Majlis Pelancaran Sukarelawan Tunas Warisan oleh
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 24 November ini di KUIPSAS Kuantan.

"Volunteer First, Rewards Comes Later"


Daftar disini  https://daftar.reviral.io/


SELAMAT DATANG STAF BAHARU KRMSAR

Selamat datang kepada kakitangan KRMSAR yang baharu iaitu Puan Fazleen binti Nokman yang sebelum ini bertugas di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara.


08 November 2018 (Khamis) - Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan daripada pihak Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa, Pangkalan Udara Kuantan kepada pihak pengurusan KRMSAR.

BERMINAT NAK SAMBUNG BELAJAR? KELAYAKAN CUMA CUKUP2 AJE? JOM MASUK GIATMARA ROMPIN..

TAWARAN PENGAMBILAN PERMOHONAN KEMASUKAN GIATMARA ROMPIN BAGI SESI 2019 KINI DIBUKA.

Kursus yang ditawarkan di GIATMARA ROMPIN :

1. Teknologi Automotif ( SKM Tahap 2) - Tempoh pembelajaran 12 Bulan

2. Pendawaian Elektrik(SKM Tahap 2) - Tempoh pembelajaran 24 bulan [12 bulan sepenuh masa + 12 bulan Latihan Industri]

Apa yang akan diperolehi:
1. Latihan percuma
2. Elaun bulanan RM 200.00
3. Sijil Profesional GIATMARA
4. Sijil Kemahiran Malaysia, Tahap 2
5. Bengkel Keusahawanan
6. Program Koliborasi bersama CIDB

Waktu pembelajaran:
Isnin hingga Jumaat
8.00am - 5.15pm

Syarat-syarat kemasukan:
1. Bumiputera.
2. Sihat tubuh badan.
3. Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
4. Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur.
5. Berminat dengan bidang yang dipohon.
6. Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun keatas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik

Cara untuk memohon:
1. Boleh datang terus ke GIATMARA Rompin atau
2. Melalui online, dengan melayari www.giatmara.edu.my

Pembelajaran  akan bermula pada  1 Jan 2019.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat GIATMARA ROMPIN 09-4146190

DARAH PATRIOT DI KRMSAR..The Unsung Heroes..



2 November 2018 - Tamat Latihan Tentera Udara DiRaja Malaysia yang telah mula berkampung di kompleks pada 29 Oktober 2018. Inilah barisan pertahanan negara... Berpanas berhujan demi mempertahankan keamanan, kedamaian dan kemakmuran Negara... Selamat berjuang Patriot Malaysia!



Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada anggota TUDM yang sudi memberi khidmat bakti, berjiwa murni dan bergotong royong memperindahkan lagi kawasan kompleks.. Perubahan monsun menyebabkan hujan dan angin kencang menumbangkan pokok-pokok dan menghempap pagar-pagar kami.. Memang power la diorang ni, multiskills... Jasamu dikenang..





Selamat jalan wahai PERWIRA NEGARA!

SEKITAR TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK TAWARAN KONTRAK KAWALAN KESELAMATAN DAN KONTRAK PEMBERSIHAN

22 Oktober 2018 - Berlangsungnya taklimat dan seterusnya lawatan tapak oleh kontraktor yang berminat terhadap tawaran Kontrak Kawalan Keselamatan dan Kontrak Pembersihan Dalam / Luar Kompleks. Tawaran disambut baik dikalangan kontraktor yang agak ramai kali ini..