IKLAN

PROGRAM JATI DIRI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI ROMPIN

ROMPIN, 13 OGOS 2018 -  Kolej Komuniti Rompin, Pahang telah mengadakan  program Jati Diri untuk pelajar-pelajar baharu Jurusan Teknologi Eletrik pengambilan Julai 2018 di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin. Program itu berlangsung selama tiga (3) hari bermula 10 hingga 12 Ogos 2018.

Program tersebut melibatkan seramai 59 orang pelajar dan 8 orang pensyarah  yang diketuai oleh Puan Noor Haslinda binti Zainoldin. Diantara pengisian program tersebut ialah aktiviti berkumpulan, aktiviti berkayak, water confident dan sebagainya. Objektif program ini diadakan untuk memberi pendedahan luar kepada pelajar serta menguji ketahan pelajar-pelajar, semangat kerjasama, keyakinan diri, kreativiti pelajar dan sebagainya. Program ini juga diuruskan oleh Jurulatih rekreasi daripada pihak kolej.

Program yang berlangsung 3hari 2malam ini berjalan dengan lancar dengan fasiliti yang lengkap yang diberikan oleh pihak pengurusan kompleks. Program ini melibatkan penggunaan asrama, dewan terbuka, washing bay, kayak, kolam terbuka skuba dan kawasan sekitar kompleks.
 

No comments:

Post a Comment