IKLAN

AMALAN KITAR SEMULA

ROMPIN, 31 JULAI 2018 - Pegawai dan kakitangan Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin hari ini mengadakan aktiviti kitar semula di kuarters dengan kerjasama SWcorp Rompin. Aktiviti kitar semula telah dikenal pasti sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sampah dalam bentuk sisa pepejal ke tapak pelupusan yang semakin kehabisan ruang. Langkah ini dapat meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut.


  

Kitar semula mengubah sisa menjadi sumber yang bernilai, boleh mengurangkan penggunaan bahan semula jadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.

Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baharu untuk kegunaan kita. Barangan yang dikumpul untuk dikitar semula boleh dijual dengan menghantarnya ke pusat kitar semula yang terletak di merata-rata tempat di seluruh negara.

Selain dapat mengurangkan jumlah sampah ke tapak pelupusan, kita juga dapat menukarkan sampah itu ke dalam bentuk nilai wang yang sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi kita.

Sedarkah anda, kita juga boleh menjalankan aktiviti kitar semula barangan terbuang sambil beramal? Sebenarnya, terdapat banyak  NGO di seluruh Malaysia yang aktif dalam menguruskan aktiviti kitar semula sambil beramal. Menurut Pengurus kompleks,  aktiviti kitar semula ini perlu diteruskan lagi tidak kira dikawasan kompleks atau di luar kompleks bagi menjaga alam sekitar  kita.

Artikel oleh Puan Noorul Ain binti Kamar Zaman

No comments:

Post a Comment