IKLAN

JOM MELAWAT PAHANG ~ REVISIT PAHANG 2018


Program 'Revisit Pahang 2018' akan diperkenalkan susulan kejayaan penganjuran Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP17) yang memperoleh pendapatan RM7.48 bilion sehingga September 2017 yang lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Samsudin, strategi Kerajaan Negeri Pahang ialah menyediakan 57 acara menarik sepanjang tahun 2018 juga dilihat sebagai pencetus kepada peningkatan kedatangan pelancong ke negeri ini termasuk Cabaran Royal Billfish di Rompin, Kuantan Century Ride dan Pahang Bike Week di Taman Gelora, Kuantan, Pertandingan Mengenal Burung di Bukit Fraser, Raub dan Pertandingan Luncur Air di Pantai Cherating.

selain perolehan daripada kedatangan pelancong ke 20 lokasi pelancongan menarik di Pahang, kerajaan negeri turut menawarkan nombor pendaftaran khas kenderaan sempena TMP17 untuk dimiliki orang ramai.

Panduan program-program menarik yang boleh disertai oleh para pelancong baik dari dalam negeri atau luar negara yang diadakan di lokasi tumpuan pelancong boleh dirujuk dipautan ini

KALENDAR PELANCONGAN PAHANG / PAHANG TOURISM CALENDAR

Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin akan menjadi lokasi bagi acara rasmi Pertandingan Memancing Sempena Royal Pahang Billfish International Challenge yang akan diadakan pada 14 - 16 September 2018.

Aktiviti tahunan yang bertaraf antarabangsa bagi mempromosikan sukan memancing ikan layaran di Rompin. Konsep pertandingan adalah ‘tangkap dan lepas’ semakin mendapat perhatian dan mempunyai pengikutnya sendiri.

Jika anda berminat, sila hubungi:
PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA NEGERI PAHANG dan PERSATUAN MEMANCING MALAYSIA (PeMM) 
Tel : 09-517 1111
Hp : 019-3366 862 (Ridzuan)
Fax : 09-514 6900 
Email : pahang@motac.gov.my
Email : ridzuan_ghazali@yahoo.com 
Web : www.rpbic.com.my

No comments:

Post a Comment