IKLAN

KURSUS KAYAK BINTANG 1 SIRI 1 BERAKHIR 9 SEPT 2018

9 September 2018 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan Kursus Kayak Bintang 1 Siri 1 bagi tahun 2018 dengan jayanya. 

Program bersama Persatuan Kanu Negeri Pahang ini dilatih oleh tenaga pakar dari persatuan sendiri yang diketuai oleh Jurulatih yang tidak asing lagi dikalangan peminat sukan air tempatan, Cikgu Muzafar.

Program 3 hari 2 malam yang bermula pada 7 September 2018 ini berakhir semalam, 9 September 2018 dengan penutupan rasmi oleh Pengurus Kompleks Sukan Air Rompin. Turut serta dalam majlis tersebut ialah YBhg. Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah daripada Kolej Komuniti Kuantan.
  

No comments:

Post a Comment